Monday, November 28, 2011

AYAH ADALAH ORANG YANG PALING HEBAT...
Ayah..

Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, supaya dapat memberikan apa yang kamu perlukan…. .
Ayah membelikanmu lolipop yang kamu inginkan, dan dia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka…..
Ayah menghentikan apa sahaja yang sedang di kerjakannya, walaupun  kamu hanya ingin berbual…
Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran mu setiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kedutan di dahinya…

Ayah akan berkata “tanyakan  pada ibumu” ketika dia ingin berkata “tidak”.
Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anaknya menginap di rumah rakan tanpa izin
Perasaan terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu  seperti gaya caranya….
Ayah lebih bangga melihat prestasi mu, daripada prestasinya sendiri….
Ayah hanya akan bersalam dengan mu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah, kerana kalau dia memeluk mu,  mungkin dia tidak akan pernah dapat melepaskannya.

Ayah tidak suka menitiskan air mata ….
ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat gembira sehingga hampir keluar air dari matanya. Ketika kamu masih kecil, dia akan memelukmu untuk mengusir rasa takut mu…ketika kau mimpi akan dibunuh hantu…
Tetapi,  ayah akan tidak dapat tidur sepanjang malam, ketika anak  kesayangannya diperantauan tidak memberi khabar selama hampir satu bulan.
Kalau tidak salah ayah pernah berkata : “kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tetapi datang dan pesanlah secara langsung pada tukang besinya. Begitu pun juga dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendapatkan cinta sejati mu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”


No comments:

Post a Comment