Monday, December 5, 2011

KETAQWAAN KUNCI KEBAHAGIAAN


Selamat malam warga bloggers..!!! Entry gua malam nie gua nak bercerita pasai taqwa kunci bahagia..Rata rata yang ingin bahagia kan.?? Tapi untuk dapat kebahagiaan itu,kita mesti ada ketaqwaan dalam diri...InsyaAllah,mesti ada secalit ketaqwaan dalam diri untuk mencapai kebahagiaan...Sama samalah kita capai taqwa itu..

Bagi gua kebahagiaan itu adalah satu ibarat sebatang pohon yang rendang, dimana tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan setiap manusia..Bagi gua,ketaqwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang dapat membantu pertumbuhannya untuk membesar...

Malah,dunia juga adalah bersifat sementara kerna dunia ini adalah pinjaman bagi kita..dari mana kita datang,kepada nya juga kita pergi..Maka kebahagiaan yang dikandungnya juga sementara,tiada apa yang kekal abadi di dunia ini..sebaliknya akhirat yang bersifat abadi, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga abadi..

Kadang kadang terlintas juga di hati gua nie bahawa perjalanan hidup ini telah banyak memberi erti pengajaran kepada kita bahawa kebanyakkan orang yang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin akan merasa sepi dan tidak mempunyai apa apa..tidak di nafikan juga bahawa merekalah orang orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak akan ada rasa dan perisa malah tawar dan kosong walaupun telah mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan..

Dalam erti kata lain juga,kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata dan juga tidak boleh di ukur dan di timbang atau juga di beli dengan wang dan harta yang bertimbun akan tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah Allah dan rahmat Allah..Kunci kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia yang mana di dalam dirinya terdapat ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan..

Ok..gua juga ada nak sentuh bahawa kebahagiaan adalah datangnya bahagia untuk dirinya sendiri dan menjadi nahoda untuk bahtera hidupnya..

Cukuplah sampai di sini dulu entry gua untuk tatapan uolls...lau ada yang salah,tolong bagitahu..gua hanya insan biasa,yang lemah dan memerlukan tunjuk ajar..mempelajari itu tak salah.Bukan.??

No comments:

Post a Comment