Sebenarnya
menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan
ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri
benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga.
Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
Mana
mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab
itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang
wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri
sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat
kuasa veto dalam keluarga.
1. Isteri yang cerdik
Dengan
erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah
kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami.
Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu
bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat
suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat
perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan
ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan
menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula
memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di
luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu
dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda
juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika
anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga,
biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap
bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami
diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam
membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa
adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi
‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan
rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan
berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu
mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan
semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda
pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna
kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai
isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi
mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka
tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi
penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di
saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian,
percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan
sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi
anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang
ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak.
Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan
kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan
chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam
menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja
menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah
pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan
makan minum suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri
perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya
suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain.
Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan
kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau
suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat
pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri
perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej
suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej
diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan
ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba
ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak
dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi
suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli
keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan
suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda.
Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua
akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan
keluarganya.
No comments:
Post a Comment