Wednesday, December 18, 2013

PILIHAN HATI ?? SUKA ?? MA ABAH ??

Assalamualaikum …

Wow !! Dah lama rasanya tak mengewdik kart blog sendiri nie , nak kata takde masa memang takde masa pun sebabnya sekarang tengah final exam .. Lagi 2 paper nak habis sem , lepastu boleh la enjoy .. Ehehe ..

Dah pagi , sebenarnya ayu baru lepas balik dari makan …Tetiba plak chienta hati ajak makan mcd , ingatkan nak makan dekat dekat jew .. skali hambek kau , nak kata dinner tak jugak sebab dah lewat .. Disebabkan pagi sampai petang kitaorang habiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah , takde la terperap jew kart dalam rumah kan .. Dan secara rasminya tak sempat breakfast + lunch + dinner = 3 in 1 .. Sebabnya badan dah penat sangat , balik petang tuh terus mandi dan tidur , kalau baling bom pun tak sedar sebab dah penat sangat tapi besh !!! .. 

Korang mesti tertanya tanyakan kenapa ayu buat entry macam tuh kali nie … Meh sini bersila depan laptop , ayu nak citer al-kisah disebalik entry kali nie … 

Al-kisahnya …


Cemgini , huru hara menguarkan bahawa makcik ayu nak bertunang tahun depan dan sabtu nie kalau takde halangan dan rintangan maka dengan secara rasmi dan rajin nya , rombongan merisik datang … Haa , nak dapat bakal pak sedare baru uolss … :-D . Lepas nie takde la nak menggila lagi dengan makcik , dia pun dah nak kawen …

Makcik nak bertunang ayu yang dapat tempiasnya .. Alahai , sabar jew la time tuh *tutup muka pakai tangan sebab malu kena bahan dengan family* .

Pilihan hati ???? Alhamdulillah ma abah terima dengan tangan terbuka … Ayu pun dah kenalkan dengan saudara mara dan mereka pun suka .. Yang paling beshnya tanya bila pihak lelaki nak hantar rombongan .. Nak suruh nikah cepat cepat , depan malu tapi dalam hati suka gilerrrr !!!!! . Ayu pun tak sangka semua nie terjadi dengan cepat sangat , ayu kalau boleh nak simpan kemas kemas dulu chienta hati nie , taknak bagi tunjuk muka lagi kart family tapi atas kuasa Allah s.w.t , siapa tahu kan .. Bila ayu ditimpa kemalangan awal tahun baru baru nie , semua bertukar dalam sekelip mata … Tapi ayu bersyukur sangat , apa yang berlaku ada hikmah .. Hati pernah terdetik , kalau benda nie tak berlaku muka sampai sekarang family ayu tak kenal lagi chienta hati .. Kalau korang nak tahu , ayu dengan chienta hati berlainan negeri .. Jarak perjalan dah 8 jam , tapi tak membebankan chienta hati yang sanggup datang dari Selangor ke Terengganu … Perjumpaan yang tak disangka , chienta hati hantar kereta ayu balik Terengganu dari Selangor sebab kereta ayu yang eksiden tuh repair kart workshop Selayang . Perjumpaan antara chienta hati dan family dalam bulan 3 dan masa tuh time besday ayu .. Hepy sangat sebab chienta hati celebrate besday ayu .


Nak dijadikan cerita ..

Semalam adeq , ma abah tengah borak pasal ayu … Adeq cakap ma abah dah tak sabar nak dapat menantu .. Penangan bila makcik nak bertunang , ayu plak disuruh kawen ..  Adeq siap bagi perbualan ma abah lagi .. Ayu yang baca rasa macam nak pitam .. Ahaha .. Ayu siap bagi tunjuk kart chienta hati lagi tapi disebabkan laen negeri dan laen bahasa , terpaksa la translate kart chienta hati sikit apa yang dia tak paham … Nanti kena suruh chienta hati banyak belajar bahasa ganu lagi nie ..


Dialognya ..

Abah – Kalau nak kenduri  nie nak buat kesyukuran atau makan berbayar .. (kalau korang nak tahu macam mana tunggu ayu update laen entry).

Ma – Kalau nak tahu buat la kenduri anak sulung tu (kalau anak sulung terang tang tang siapa lagi kalau bukan ayu , ayu anak sulung dari 5 beradik ).

Abah – Kawan dah la ramai , kang kalau tak panggil mesti marah , lepastu khemah nak letak mana ??

Ma – Susah apanya , letak jew depan tangga rumah kita nie ..Lepastu panggil kawan tuh semua nya baru takde yang marah ..

#Ma Abah tak sabar nak tengok anak dia kawen , tak sabar nak dapat menantu sulung … 

Maka dengan itu , terpaksa habiskan belajar cepat dan kerja lepastu kumpul duet … Ayu dengan chienta hati dah sepakat nak buat bila .??.  Biarlah rahsia .. J


Semoga ikatan hubungan yang terbina ini diredhai olehNya .. Doakan ayu dengan chienta hati dipermudahkan urusan dan jodoh kami sehingga akhir hayat ..

Buat si jejaka ..



Terima kasih dan saya tunggu awak jadikan saya yang halal dalam hidup awak … Saya bersedia untuk menjadi suri di dalam hati awak .. J

No comments:

Post a Comment