Sunday, July 15, 2012

PART 2 ~ DIRIMU BEGITU BERHARGA .



Assalamualaikum cinta ~ Selamat malam .

Hye rakyat jelata sekalian alam , malam nie ayu rajin plak nak update blog nie .. baru jew petang tadi update , malam update lagi , bak kata diri ayu sendiri , selagi memori dalam kepala nie tak clean n clear jangan stop ok . So , dengan tenaga yang bersisa malam nie sebelum nak tidur ayu nak sambung entry petang semalam bagi siap untuk korang baca dan terutama untuk SI BUAH HATI TERSAYANG ..!!! Awak jangan nangis tau baca entry nie sesorang ..keh keh keh .


Luahan berbulan lamanya .


Awak ! awak nak tahu tak kenapa ayu terpikat dengan awak ?? nak tahu tak ?? cepat la jawab , opss lupa awak tak dengar ..huhu . Awak , first time ayu tengok awak kan , ayu rasa macam tak percaya jew ,ayu nie kenal dengan artis k ?? Diri nie jawab, itu artis klon bukan yang tulen , keh keh keh . serius , muka awak sama sangat dengan alif aziz !!! *bangga jap* .. Walaupun muka awak ada iras sikit tapi ayu lebih suka awak tetap awak .. pahamkan dan telitikan . 


Awak ! ayu terpikat dengan senyuman awak la , dengan mata awak . Ayu lebih suka tengok mata awak sebab bila tengok mata awak kan ayu nampak keikhlasan yang awak tunjuk tu . bila dari mata maka turunla ke hati dan dari situ lah terbitnya perasaan cinta . Awak cinta ayu kan ?? ayu cinta awak tau tau .. jom kapel !! eh , kita dah kapel la ..lupa ea ,takdela buat buat lupa jew .. hohoho..Eh , kita nak ajak awak kawen nga kita la , awak nak tak ?? taknak ? takpela , kita sedar kita siapa .*mampus aku kalau dia baca, yang melawak jew tau .. degree tau ! janji dengan ayu* .. ehehe .



Awak jom balik kampung ayu , nak ?? Ayu nak kenalkan awak dengan ma and abah ayu la , ayu nak mintak restu lagi restu untuk kita . Orang cakap kalau hubungan dah restu , maka hubungan kita lagi berkat .ayu nak bagi ma dengan abah tengok bakal MENANTu dia ..keh keh keh .. Nak tak ?? jom jom .. awak , kita dah ready tau ..!!! ..


Thanks awak sebab dah bawak kita jumpa mak ayah awak , agak agak mak ayah awak suka dengan ayu tak ?? Makcik pakcik !! ayu nak restu dengan makcik pakcik untuk hubungan ayu dengan anak makcik pakcik nie tau .. Doa dan terus berdoa .. Thanks jugak sebab bawak ayu jumpa dengan adik beradik awak , serius .. hepy sangat bila awak bawak jumpa tapi kan awak . serius ayu cakap first time jumpa diorang semua termasuk mak ayah , perasaan ayu takut takut plus berdebar debar tau .. rasa nak pengsan tau sebab takut sangat tapi nasib baik awak bagi ayu semangat . thanks dear !! sebab awak selalu ada untuk ayu ..



Telatah awak buat diri ku ini pengubat untuk ku setiap hari .. Wah ! awak , ayu rasa terharu dengan apa yang awak lakukan untuk ayu selama ini. Satu jew yang ayu suka kat awak , bila awak sedih kan awak tak tunjuk diri awak sedih , serius ayu tengok dengan mata hati ayu . awak seorang yang tabah , ayu tak sekuat macam awak la . Susah nak tengok awak menangis tapi ayu tahu dalam diri awak menangis tapi awak taknak tunjuk . Keperitan yang awak selalu tanggung pun ayu dapat tahu ..




Awak , kita hidup bukan untuk bercinta di dunia semata mata , bukan untuk enjoy saja . So , kalau secret awak tuh jadi secret saya jugak dan sebaliknya macam tu la . So , lepas nie kalau awak ada masalah jangan segan silu untuk kongsi dengan ayu tau . Ayu selalu ada untuk awak , ayu sentiasa untuk awak .. UNTUK AWAK !!! .. 


CINTA ?? Perlu jujur , ikhlas dan tanggungjawab bila hati dah suka sama suka ..


Awak , ayu bukan penghalang awak nak berkawan dengan mana mana perempuan tapi ayu harap batas awak dengan mereka pandai awak jaga . Ayu taknak sakitkan diri ayu melihat awak dengan mereka lebih lebih .. Sakit tau hati nie tengok , serius .!! tak tipu sikit pun , jujur sejujur jujur nya tau!! .. Tapi satu jew yang ayu nak , jangan nak rahsia pape .. 


Nota seorang hawa buat sang adam ..


Diri ini masih terkontang kanting mencari cinta yang hakiki , mencari cinta sang pria . Dan aku yakin cinta hakiki sudah tertulis untuk ku suatu hari nanti . 


Dalam terkapai kapai aku dalam dunia yang serba moden , diri ini sedikit sebanyak hanyut dengan kehidupan dunia .. Diri ini sedikit sebanyak alpa dengan Tuntutan Nya .. Ya Allah , Kejinya dir ini sebagai hamba mu .. Ya Allah , ampunilah dosa hambamu ini..Ya Allah , berikanlah aku peluang untuk menebus dosa dosa yang aku buat selama ini .. 


Ya Allah , masih kah ada peluang untuk diri ku di terima ?? masihkah ada peluang untuk aku ke syurga ?? masihkah ada peluang untuk aku menjadi seorang umat islam yang solehah ?? masih ada peluang itu semua ?? 


Dalam kelemasan aku di pertemukan ..



Allah ciptakan hambanya berpasangan dan aku temui sang adam dalam masa yang singkat . Terima kasih Ya Allah , aku hargai pemberianmu ini .. Aku janji takkan sakitkan adam yang kau berikan untukku . Aku janji aku akan jaga dirinya seperti aku jaga diriku .. Ya Allah , aku memohon padamu agar jodoh aku dengan sang adam nie kekal sampai akhir hayat .. Ya Allah , permudahkan la urusan aku dalam hidup bersamanya . Ya Allah , jauhilah kami dari hasad dengki , kianat dan keji dari orang orang yang dengki dengan kami ..



Buatmu sayang ..


Kasihlah diriku seperti kau pernah kasihkan seorang yang bernama perempuan suatu ketika dahulu .. Berikanlah aku cinta dan kasih sayang mu itu kepada diriku seikhlasan dan sejujur yang mungkin , jangan kau tertipu dengan diri sendiri .. 


" sayangilah seseorang sebelum ia pergi , dan kasihlah dirinya sementara masih ada" 



perkara yang lepas usah di kenang kerna akan menyakiti diri kita sendiri . peluang yang ada di depan mata jangan sesekali melepaskan ia pergi kerana mungkin ia takkan kembali lagi setelah ia pergi . Jangan pernah menyesal dengan kehidupan yang lama kerana kehidupan yang lebih bahagia masih menanti dirimu  ..

Coretan akhir buat dirimu ..


Buat hubby yang ayu sayang , please .. 
berilah ayu cinta yang datangnya dari dalam hati awak yang paling dalam dan suci . Ayu tahu ayu bukan yang pertama pernah bertakhta dalam hidup awak . tapi bagi la peluang untuk ayu bertakhta hanya sekali dalam hidup awak.. buatlah ayu terawal dan terakhir dalam hidup awak .. ayu taknak orang lain rampas awak dari ayu , ayu tak sanggup . Cukupla yang awak tahu sebelum nie ayu dah banyak kali terluka dan ayu taknak terluka lagi buat yang sekian kalinya .. ayu nak hidup bahagia dengan awak jew , ayu nak harungi hidup ayu dengan awak jew.. ayu nak segala galanya yang ayu buat hanya untuk awak ..




Sayangku ..


Kaulah ayah kepada anak anak ku nanti , kau lah suami kepada ku , kau la imam ku buat aku dan anak anak ku , kau la ketua keluarga buat ku .. dan kau la segala galanya buat ku dan anak anak ku .. 


Aku mencari cinta bukan keseronokkan tapi aku mencari cinta dan kasih sayang sang adam untuk aku suatu hari nanti setelah  bergelar isteri dan ibu kepada anak anak mu .. 


Hubby , Andai dirimu baca entry ayu nie .. ayu nak awak tahu , ayu ikhlas terima cinta awak selama ini .. ayu bukan dalam kepuraan menyayangi awak .. Awak , ayu dah buat sehabis baik untuk gembira dan bahagiakan awak .. kalau ada kekurangan yang ayu bagi , ayu mintak maaf , ayu janji ayu akan cuba baiki lagi .. ayu perlukan bimbingan dan semangat dari awak .. 


SEMOGA JODOH MILIK KITA !!!!!!!


No comments:

Post a Comment