Friday, August 3, 2012

ANUGERAH CINTA .




Assalamualaikum .. 


pabila suratan dan ketentuannya telah di tetapkan begitu , ianya pasti akan jadi begitu. Dan ... akhirnya kutemui "ANUGERAH CINTA" ... 

Kisah perjuangan dalam sebuah cinta yang sangat menuntut pengorbanan buat sepasang kekasih yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam apa jua keadaan dan rintangan dalam bercinta sebelum ke jinjang pelamin ..

Kehidupan memang tak pernah sepi dengan masalah , dan tidak pernah sunyi dengan cabaran .. Percintaan memerlukan sebuah kejujuran , tanggungjawab dan bertolak ansur .. Kadang-kadang Allah menguji sekuat mana iman seorang hambanya dalam apa jua hubungan atau keadaan ..dan aku terpilih untuk menguji tahap keimanan aku di mataNya .. 

Dalam tawa ada sedihnya , dan dalam sedih ada gembiranya .. Kala hati sedang asyik dengan perasaan jiwa tatkala itu badar menimpa tanpa memberi isyarat untuk kita bersedia menempuhinya .. 

Allah itu maha penyayang dan maha pengampun .. 


Allah sebenarnya sayang hambanya yang lemah dan sentiasa memberi pelindungan tatkala ia di perlukan .. Ujian kecil itu membuatku memikirkan ia dengan matang dan alhamdulillah ..dengan berkat kesabaran aku , akhirnya ia mendatangkan hasil ... Pintu hati dua insan akhirnya terbuka untuk melafazkan kata SORRY , akhirnya mengambarkan perasaan sang puteri dikala berduka suatu saat ..

Perhubungan yang indah jangan di cemari dengan dendam yang berpanjangan kalau tidak buruk padahnya .. Dalam bersama berkongsi kisah cinta dan pengorbanan kasih akhirnya kemesraan terjalin untuk pasangan sehati sejiwa ini .. 

Izinkan mimpiku berulang kembali , di saat itu aku merasakan hatiku di panah rasa , mindaku di usik dengan bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar buat mu sayang .. Suatu detik , mewah dengan kasih sayang yang engkau berikan aku sematkan dalam hatiku untuk di kunci buat selama-lamanya agar engkau tidak terlepas .. 

Rinduku kepadamu adalah sebuah nilai yang kurasakan sangat berharga yang tidak dapat ditukar gantikan dengan ungkapan kata .. aku ingin kau tahu bahawa aku mencintaimu dengan sepenuh keikhlasan dalam diriku untukmu .. 

Mengenalimu .. mencintaimu .. adalah terindah dalam duniaku yang engkau sinarkan dengan cahaya warna warni .. Terima kasih tak terhingga apa yang engkau telah lakukan dalam hidupku .. Sesungguhnya , aku bertuah kerana memiliki diri mu wahai sayang ..


Asmara seribu cinta ..

Wahai kekasih peluklah aku dengan sejujurnya agar aku dapat merasai dan menilai kejujuranmu dalam mencintaku sepanjang perkenalan kita 9 bulan 6 hari . Aku mencari "SEBUAH CINTA" yang tak pernah melukai dan cinta yang tak pernah memungkiri kata hati ..


Tanpamu disisi ..

Aku hanya insan biasa dalam menagih kasihmu dan aku hanya insan kerdil untuk menghalang segala apa yang berlaku masa hadapan .. Apa yang pasti , aku akan kotakan janjiku dalam menjaga perhubungan kita ini agar ia kekal akhir hayat .. Andai nafasku berhenti suatu saat nanti , aku ingin dirimu sedekahkan Al-fatihah buat diriku .. Andai suatu tika nanti , aku masih di panjangkan umur .. aku ingin membuat dirimu bahagia di sampingku ..  Aku mohon kepadamu JANGAN BIARKAN AKU DI TINGGAL SEPI !!! ...


Sayangku .. 

Lindungilah diriku agar tidak rasa kehilangan . Agar tidak kehilangan SYURGA CINTAMU ...


Siapa yang bertakhta di hatiku ? Hanya dia seorang Mr H ..


Seumpama bayang-bayangku sendiri .. ingatan kepadamu kekasih sentiasa mengekori ke mana sahaja aku pergi .. Dikau sentiasa ada di mana mana ...


I LOVE U Mr Hubby a.k.a H_A






No comments:

Post a Comment