Tuesday, November 4, 2014

Nama Takde Dalam List Konvo !!!

Assalamualaikum ...

Lagi sekali malam nie mata susah nak lelap .. Dah pepagi tak tahu nak buat apa maka dengan mood kelaut maka terhasillah entry nie ... Malas dalam rajin * mendalam maksud tu* .

Entry nie nak kata sedih tak jugak .. Nak kata hepy tak jugak tapi boleh la ..terkilan ??? Sikit je terkilan tapi gua tak mengharapkan sangat ... Malas nak layan perasaan sebab gua dapat nasihat dari buah hati , dia cakap takde apa yang penting pun kalau kejar nak konvo .. Biarlah masa yang tentukan .. Chewahh , ayat dia kemain lagi .. Gua dengan hati pasrah dan redha terima je la nasihat tu .. Tapi bila difikirkan balik buat apa nak sedih ??? Nanti ko konvo jugak cuma lambat sikit je..

Gua tak kisah pun sebenarnya , sebab dalam masa yang sama gua ada tujuan laen .. Nanti gua konvo gua nak semua ada gua ada , abah ma ada .. Gua nak sambut dengan family tercinta ... Mana tahu tahun depan dapat sambut sebagai tittle ' tunang orang' or ' isteri orang' . Ahaha * amin, mudahan* .. Biarlah masa yang tentukan ... Gua malas nak kecoh kecoh lagi sebab gua nak buat surprise .. Tak besh la bagitahu awal awal kan .. Nak biar korang tertanya tanya , besh sikit .. Macam maen teka teki plak ..

Gua bersyukur sebab tak konvo tahun nie sumpah bersyukur gila .. Sebab gua taknak susahkan dan risaukan ma abah .. Nak datang jauh mestilah nak pakai duit , nak service kereta .. Takde duet berkepuk kepuk tak besh jalan jauh .. Nanti kalau pape masalah kat tengah jalan sape susah ??? Mesti semua orang risau .. So gua nak amek langkah berjaga jaga,nanti kalau abah nak service kereta gua nak bagi duet gua kat abah , takpun gua tempah je tiket flight kat mereka .. Bagi gua , gua nak yang terbaek untuk family sebab mereka harta gua yang paling bernilai .. Gua sanggup berhabis duet berpenat lelah untuk mereka . Kalau nak bandingkan apa yang ma abah dah bagi sejak lahir sampai gua dah habis belajar kat universiti pun gua rasa gua tak mampu balas jasa diorang .. Terlalu besar bagi gua apa yang diorang bagi .. Jangan korang pikir nak besar anak nie senang , mereka sanggup bergadai emas , tanah , harta mereka untuk anak anak sebab mereka nak tengok anak anak berjaya .. * kesat air mata sebab tetiba sedih*.

Itu sebab gua rasa tak kisah bila nama gua takde dalam list konvo .. Biar apa yang gua aturkan menjadi kenyataan .. Takkan lari gunung dikejar , semua tuh dah ditetapkan oleh Allah ..

Alhamdulillah , syukur ya Allah .. Doakan gua konvo tahun depan dan capai hasrat gua ..

#BekasPelajar
#BakalKonvo
#SentiasaBersyukur
#AkuSayangFamily
#AkuSayangBuahHati

No comments:

Post a Comment