Tuesday, July 31, 2012

DIA SEORANG PEREMPUAN .


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu


Ya Allah YaTuhanku…
Aku hanya ingin menjadi hawa yang dirahmati
Hawa yang dikasihi
Hawa yang solehah
Hawa yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

No comments:

Post a Comment