Tuesday, July 3, 2012

DOA MUDAH BERSALIN ...


Selamat malam  ... 

Sedang sibuk mencari maklumat di internet sekali terjumpa satu artikel nie berkenaan dengan ibu hamil. Sangat teruja dan aku rasa perlu di kongsikan bersama di sini. Bagi para ibu yang bakal menimang cahaya mata , anda boleh la mengamalkan doa ini semasa kehamilan anda mencecah 7 bulan. Baca doa ini setiap hari dengan meletakkan tangan di atas perut dan sewaktu dalam kesakitan hendak bersalin.Insyaallah di mudahkan oleh Allah untuk melahirkan anak.

Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menimang cahaya mata , anda boleh jadikan doa ini sebagai persediaan untuk di masa akan datang.


Maksud ayat ini: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur." (Al-Nahl 16:78)


Note: Banyak perkara perlu belajar nie..excited lebih hehe!

No comments:

Post a Comment